Sorting by

×

KARNIVAL TENTERA BERSAMA RAKYAT GAMIT LEBIH 10,000 PENGUNJUNG

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KLEBANG 25 Januari – Karnival Tentera Bersama Rakyat yang bermula pada 21 hingga 25 Januari di Persiaran Encore telah menggamit lebih 10,000 pengunjung.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, program terbabit berperanan sebagai platform pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat.

Katanya, program yang diadakan bersekali dengan Majlis Upacara Penutup Kursus Asas Komando Siri AK3/2025 pada hari terakhir karnival itu turut mendapat sambutan menggalakkan yang merekodkan kehadiran lebih 4,000 pengunjung.

“Program ini bukan sekadar mempamerkan aset dan keupayaan ATM, malah berperanan sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada masyarakat,” katanya.

Img 20260125 wa0009

DATUK Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman. Foto Afiq Mustaffa

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Upacara Penutup Kursus Asas Komando Siri AK3/2025 di Persiaran Encore Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) Mejar Jeneral Datuk Ahmad Shuhaimi Mat Wajab dan Ketua Staf 21 GGK Brigedier Jeneral Mohd Musyadi Abdul Mutalib serta lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut, Shadan berkata kehadiran pengunjung yang membawa anak-anak yang lengkap berpakaian ala tentera turut mencerminkan minat dan sokongan generasi muda terhadap institusi ketenteraan negara.

“Program ini turut menggabungkan elemen pelancongan, pendidikan dan patriotisme dalam satu penganjuran,”katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

470
Kongsi :
Previous post TIADA AKTIVITI BIDA TAPAK BAZAR RAMADAN DI MELAKA
Next post KEHADIRAN TPM SUNTIK SEMANGAT PENGHUNI KAYFAZ