Sorting by

×

TIROID: APA PERLU ANDA TAHU?

Masa Membaca:3 Minit, 12 Saat
Oleh: Datuk Dr. Shankar Gunarasa
Pakar Bedah Kolorektal dan Umum, Robotik dan Laparoskopi
Pantai Hospital Melaka
BULAN Januari adalah bulan kesedaran tiroid dan sempena itu saya mengunakan kesempatan ini berbincang sedikit sebanyak tentang kelenjar tiroid dan masalahnya. Diharap para pembaca mendapat sedikit pencerahan tentang  masalah tiroid ini.
Kelenjar tiroid adalah kelenjar hormon berbentuk rama-rama yang terletak di leher kita. Berlainan pula dengan beguk, pembengkakan kelenjar tiroid terletak di depan leher kita.
Kelenjar tiroid ini berfungsi menghasilkan hormone thrroxine yang berfungsi menjaga metabolisma badan  dan juga fungsi tumbesaran badan kita. Terdapat 2 jenis hormon tiroid iaitu thyroxine (T4) dan triiodothyronine (T3), masing-masing mewakili 99.9 peratus dan 0.1 peratus hormon tiroid. Selepas hormon ini dirembeskan ke dalam sistem badan, jumlah T4 yang banyak akan ditukarkan kepada T3, yang merupakan hormon yang paling aktif daripada segi biologi dalam memberi kesan metabolisme ke atas sel-sel badan.
Hyperthyroidism dan hypothyroidism adalah dua masalah kesihatan sering dikaitkan dengan gangguan hormon tiroid. Untuk pemahaman pembaca, hyperthyroidism atau bahasa mudahnya kelenjar terlebih aktif dan hypothyroidism pula adalah kelenjar kurang aktif.
Gangguan hormon tiroid ini boleh memberi kesan sampingan kepada tumbesaran badan, fungsi harian badan dan adakalanya memberi kesan sampingan kepada jantung, seperti seringkali jantung berdebar-debar. Ini disebabkan hormon tiroid yang berlebihan memberi kesan kepada fungsi jantung termasuk meningkatkan daya pengecutan otot dan kadar denyutan jantung.
GEJALA TIROID
Gejala simptom hyperthyroidism (kelenjar aktif):
– Tangan menggeletar (tremor) dan berpeluh
– Rasa gementar
– Degupan jantung yang laju
– Mudah berpeluh dan panas walaupun di hari yang sejuk
– Berat badan menurun
– Cepat marah
Gejala simpotom hypothyroidism (kelenjar kurang aktif):
– Letih lesu
– Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
– Sembelit
– Sentiasa berasa sejuk
– Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita
DIET UNTUK GEJALA TIROID
Diet yang sihat untuk hipertiroidisme adalah dengan memakan makanan tinggi kalsium (brokoli, badam, ikan, okra); makanan yang tinggi vitamin D (sardin, minyak ikan kod, salmon, tuna, dan cendawan); makanan tinggi magnesium (coklat gelap, badam, kacang, biji) dan makanan yang mengandungi selenium (cendawan, beras perang, tembikai, sardin).
PEMBENGKAKAN KALENJAR TIROID
Kelenjar tiroid ini boleh mempunyai pembengkakan yang juga boleh menyebabkan sesuatu pesakit itu menjadi hyperthyroidism, hypothyroidism dan juga euthyroid (tahap hormon yang normal). Oleh itu jika seseorang pesakit itu datang dengan ketidakstabilan hormon ini, perlu menjalani ultrasound tiroid.
Ada dua jenis pembengkakan di kelenjar tiroid, iaitu Goitre (kelenjar keseluruhan membesar dari biasa) dan nodul tiroid ( tumbuhan biji di tiroid).
Adakalanya bengkak atau nodul in membesar sehingga menghimpit saluran makan oesophagus di leher, saluran pernafasan dan juga urat saraf yang menjaga nadi suara kita. Bila ini berlaku, pesakit akan berasa susah untuk menelan makanan yang pejal, seringkala sesak nafas dan suaranya akan berasa serak atau kasar.
Ada juga barah tiroid boleh timbul dari nodul-nodul ini. Barah tiroid adalah lebih banyak berlaku dalam kalangan wanita dewasa jika dibandingkan dengan lelaki ataupun remaja. Terdapat beberapa jenis barah tiroid dan ia bergantung kepada jenis sel barah itu berasal.
RAWATAN TIROID
Apakah rawatan yang sebaiknya untuk masalah tiroid ini? Masalah tiroid ini boleh dirawat secara ubatan ataupun pembedahan. Bagi masalah hypothyroidism dan hyperthyroidism, ubatan untuk meningkatkan hormon tiroid dan juga mengurangkan rembasan hormon tiroid (anti-thyroid) akan diberikan.
Rawatan secara pembedahan adalah perlu bagi masalah tiroid yang terdapat kemungkinan besar menjadi barah tiroid. Pembedahan juga boleh dijadikan sebagai rawatan jika goiter terlalu besar hingga menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau kesukaran untuk menelan.
Pembedahan juga dilakukan untuk kes nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan yang tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan.
Mugshot baru dr. shankar (pakai besar)
DATUK Dr. Shankar
Sekiranya anda perlu mengetahu lebih lanjut tentang masalah dan rawatan tiroid, anda boleh berhubung dengan saya Datuk Dr. Shankar Gunarasa, Pakar Bedah Kolorektal & Umum, Robotik dan Laparoskopi di Pantai Hospital Melaka di talian 06-2319999 Samb 2131 atau nombor whatsapp klinik saya +60167476060.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1702
Kongsi :
Previous post THAIPUSAM: MELAKA DIJANGKA TERIMA 50,000 PENGANUT HINDU TAHUN INI
Next post CMI SEDIA ‘PORT’ DAMAI TERBAIK DI TAMAN EKSTREM TASIK CHINCHIN