
MITC TERIMA PENGIKTIRAFAN ASEAN TOURISM AWARDS 2026-2028
AYER KEROH 30 Januari – Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sekali lagi meraih pencapaian membanggakan apabila berjaya memenangi ASEAN Tourism Awards 2026–2028 yang berlangsung di Nustar Resort, Cebu, Filipina.
Anugerah itu diraih MITC dalam kategori lokasi Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE).
Pada majlis tersebut, MITC meraih kedudukan kelima bagi kategori ‘Meeting Room’ dan kedudukan ketiga bagi kategori ‘Exhibition Room’.
Terdahulu, anugerah itu diterima Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid yang mewakili Ketua Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif MITC, Datuk Mohd Ariff Shah Abdullah Sani.
Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.
Selain MITC, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) turut mengharumkan nama Negeri Melaka apabila sekali lagi berjaya mengekalkan Anugerah ASEAN Clean Tourist City 2026-2028.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY BAWA ‘KAD PRESTASI’ KE GELANGGANG DUYONG
DUYONG 1 November - Rekod perkhidmatan sepanjang lima tahun lalu menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Noor Helmy...
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: JASMINE MAHU ANAK MUDA KEMBALI BERKARYA DI BANDAR HILIR
AYER KEROH 31 Oktober - Meskipun diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N22 Bandar...
TOK AJAK YAKIN TELOK MAS ‘KEKAL BIRU’
TELOK MAS 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman yakin...
