Sorting by

×

AB RAUF KONGSI INISIATIF BERMANFAAT BERSAMA SAARANI

Masa Membaca:56 Saat

SERI NEGERI 6 Februari – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, mengadakan Kunjung Hormat terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di pejabat beliau di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Kunjung hormat tersebut diadakan sempena penganjuran Program Retreat Kerajaan Negeri Perak di Melaka yang menghimpunkan barisan kepimpinan negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

Pada kunjung hormat itu Ab Rauf telah berkongsi mengenai pencapaian dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Melaka demi manfaatkan rakyat.

Perkongsian berkenaan amat bermanfaat sebagai panduan dan sesuai dicontohi Kerajaan Perak, memandangkan Melaka mencatat pelbagai kejayaan dalam pelaksanaan dasar serta pembangunan negeri.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Sementara itu delegasi Negeri Perak turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Datuk Azmir Shah Zainal Abidin dan Pegawai Kewangan Negeri Perak Datuk Mohd Zaki Mahyudin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

558
Kongsi :
Previous post MELAKA KOMITED TERUS PERKASA GOLONGAN OKU
Next post BIMBINGAN KEWANGAN BUKA PELUANG UNTUK USAHAWAN MELAKA BERKEMBANG