Sorting by

×

MANFAATKAN TEKNOLOGI AI DEMI KEMAJUAN ISLAM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KAHERAH 18 Februari – Kepakaran ilmuan Al-Azhar khusus dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memberikan manfaat besar kepada dunia Islam, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Katanya, berikutan itu Kerajaan Melaka berminat untuk menjalin kerjasama dengan Al-Azhar bagi menjayakan inisiatif pendigitalan manuskrip, kajian peninggalan warisan Islam dan hadis yang sahih.

“Selain itu Melaka juga berminat untuk meneroka potensi pembangunan kerangka etika AI berpandukan Islam. Menerusi kerjasama ilmuan Al-Azhar semua inisiatif ini boleh dibangunkan selaras prinsip syariah serta nilai-nilai Islam,” kata Ketua Menteri.

Terdahulu Ketua Menteri mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Prof. Dr. Muhammad al-Duwaini.

Delegasi Negeri Melaka turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Mufti Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Ketua Menteri turut merakamkan penghargaan terhadap peranan global Sheikh Al-Azhar dalam mempromosikan nilai keamanan, dialog dan keharmonian antara masyarakat, serta menegaskan kepentingan panduan syariah yang berautoriti dalam menghadapi cabaran teknologi baharu.

Sementara itu, Dr. Muhammad al-Duwaini turut menekankan peranan Al-Azhar dalam mendepani perkembangan semasa seperti AI, dengan penubuhan fakulti khusus bagi meneliti kesan teknologi tersebut terhadap pendidikan dan fatwa.

Al-Azhar, menurut beliau, beriltizam memanfaatkan teknologi secara bertanggungjawab selaras dengan pendekatan sederhana Islam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

803
Kongsi :
Previous post 2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS BERBUKA PUASA, KACAU DODOL