Sorting by

×

TOK RAOP SANTUNI ANAK MELAKA DI MESIR

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KAHERAH 18 Februari – Ketua Menteri meluangkan masa menyantuni mahasiswa kelahiran Negeri Melaka yang kini sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Mesir, semalam.

Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, ketibaan beliau bersama delegasi Melaka disambut Presiden Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Saudara Nasrul Adli Jainal, bersama barisan Ahli Jawatankuasa IMAM Sesi 2025/2026.

“Terima kasih atas sambutan yang cukup mesra terasa seperti bertemu keluarga sendiri walau ribuan kilometer dari tanah air.

“Saya datang bukan hanya sebagai Ketua Menteri, tetapi sebagai orang tua yang ingin melihat sendiri keadaan anak-anak di perantauan. Dalam suasana santai dan penuh ukhuwah, kita berbincang dari hati ke hati tentang pengajian, kemudahan, cabaran dan juga harapan mereka untuk Melaka suatu hari nanti.

“Mendengar satu persatu dengan penuh tanggungjawab. Insya-Allah, apa yang dibangkitkan akan kita teliti dan usahakan sebaiknya. Kerajaan Negeri Melaka sentiasa komited menjaga kebajikan anak-anak Melaka walau di mana kalian berada,” kata Ketua Menteri.

Secara peribadi, Ab Rauf bangga melihat kesungguhan dan kematangan mahasiswa anak Melaka yang dianggap pewaris kepimpinan serta harapan negeri bertuah ini.

“Belajarlah bersungguh-sungguh, jaga nama baik Melaka, dan pulanglah nanti dengan ilmu serta pengalaman untuk kita bangunkan negeri bersama.

“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kejayaan yang cemerlang buat kalian semua,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

323
Kongsi :
Previous post DILEMA BANJIR HAMPIR TEMUI TITIK NOKTAH
Next post 2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS BERBUKA PUASA, KACAU DODOL