Sorting by

×

50 KAWAH DODOL GAMATKAN BANDA HILIR PADA 14 MAC

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TELOK MAS 21 Februari – Sebanyak 50 kawah dodol bakal dimasak serentak dalam Program Kacau Dodol Mega sempena Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir pada pada 14 Mac depan.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Nasrul Ahmad berkata, program itu dijangka menghimpunkan 2,000 pengunjung termasuk wakil agensi-agensi kerajaan serta orang awam.

“Tahun lalu hampir 40 kawah dodol kita masak, namun tahun ini kita tingkatkan kepada 50 kawah sejurus selesai majlis berbuka puasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Gema Ramadan Bersama Pesara Tentera dan Polis Negeri Melaka Sempena Pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Masjid As-Saadah, Ujong Pasir, di sini, semalam.

Pada majlis itu seramai 100 pesara tentera dan polis menerima sumbangan yang disampaikan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Menurut Nasrul, setiap kawah dodol akan dikendalikan oleh 10 orang wakil daripada agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri.

“Lokasi program yang berhampiran Bazar Ikonik Banda Hilir dijangka memeriahkan lagi suasana serta menarik lebih ramai pengunjung untuk bersama-sama menyertai program berbuka puasa dan Kacau Dodol Mega ini.

“Program ini dilihat sebagai usaha memeriahkan suasana Ramadan di Melaka di samping mempromosikan produk warisan makanan tradisi kepada pelancong tempatan dan luar negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

450
Kongsi :
Previous post BALAI RAYA TANJUNG MINYAK UTAMA LAMBANG JANJI DITUNAIKAN YB RAIS
Next post MAIM SEDIA PENGINAPAN UNTUK ANAK MELAKA DI MESIR, SEWA HANYA RM20 SEBULAN