
BERBUKA SAMBIL ‘HEALING’ DI MITC HOTEL
AYER KEROH 22 Februari – MITC Hotel tampil dengan kelainan tersendiri apabila memperkenalkan Bufet Ramadan 2026 berkonsepkan taman dan perkhemahan di Brisu Courtyard hotel itu, bermula 20 Februari hingga 19 Mac 2026.
Pengurus MITC Hotel Halmi Ramli berkata, suasana bufet dihiasi seperti syurga kulinari yang meriah menampilkan pelbagai hidangan tradisi Melaka diinspirasikan oleh kemuliaan Ramadan, di samping juadah masakan Asia untuk dinikmati ketika berbuka puasa.
Menurutnya, berbuka puasa di MITC Hotel bukan sekadar peluang menjamu selera bersama keluarga, malah menjadi destinasi pilihan untuk berbuka bersama rakan sekerja dan kenalan dalam suasana santai serta selesa.

“Para tetamu akan disajikan dengan kelainan menu setiap hari menerusi lima set menu harian berbeza.
“Lebih menarik, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan muzik asli sepanjang waktu berbuka puasa,” katanya.
Tambah beliau, aspek keselesaan ibadah turut diberi perhatian dengan penyediaan surau yang lengkap dan selesa untuk para tetamu.
“Bermula tahun 2026, kaunter zakat fitrah juga disediakan bagi memudahkan pengunjung menunaikan kewajipan mereka.
“Kita juga turut mengedarkan baucar penghargaan kepada 30,000 rakyat Melaka, yang membuat tempahan awal sejak Disember 2025,” katanya.

Terdahulu, Ustaz Syamsul Debat turut hadir bagi menyampaikan tazkirah Ramadan, bacaan Yasin serta doa selamat khas sebelum majlis berbuka puasa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


