Sorting by

×

PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADAN DUN DUYONG SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

DUYONG 24 Februari – Sebanyak 300 kit makanan akan diagihkan khususnya kepada keluarga kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong menerusi Program Ziarah Kasih sepanjang Ramadan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, Japerun Duyong program itu turut membabitkan kerjasama agensi lain yang bersama-sama ingin menyantuni golongan kurang berkemampuan.

“Program Ziarah Kasih ini kita teruskan sepanjang Ramadan untuk menyantuni golongan kurang berkemampuan yang mungkin sebelum ini ada terlepas pandang.

“Japerun Duyong cuba sebaik mungkin menyantuni dan memastikan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan,” katanya.

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan lesen jualan bazar kepada peniaga Bazar Ramadan Semabok Perdana, pada Ahad.

Menurut Mohd Noor Helmy, selain memfokuskan program sepanjang Ramadan, persiapan untuk sambutan Aidilfitri juga sudah dirangka pihaknya.

“Pada masa sama juga kita sedang melihat kepada persediaan untuk penganjuran rumah terbuka DUN Duyong yang saban tahun mendapat sambutan daripada rakyat.

“Bermula dengan hanya 13,000 pengunjung yang hadir pada tahun pertama angka itu kemudian meningkat sehingga 50,000 orang pada tahun lalu dan untuk tahun ini kita masih dalam perancangan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

377
Kongsi :
Previous post 2 KERETA, 9 MOTOSIKAL MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH BAZAR KLEBANG
Next post NELAYAN TELOK MAS TERIMA BANTUAN PERSEDIAAN RAMADAN