Sorting by

×

MAIM CERIAKAN GOLONGAN B40 SEMPENA RAMADAN, SYAWAL

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

TANJUNG BIDARA 23 Februari – Bantuan dihulurkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) amat melegakan Rahimah Osman, 38, dan suaminya yang kini membesarkan tiga anak sedang bersekolah.

Katanya, bantuan disalurkan MAIM bersempena kedatangan Ramadan dan Syawal amat kena pada masanya kerana majoriti ibu bapa berbelanja besar untuk menyediakan keperluan anak-anak sempena pembukaan penggal baharu persekolahan Januari lalu.

“Gaji saya sebagai pembantu tadika bukannya besar, suami pula menyara keluarga dengan menjual daging tetapi pendapatan tidak menentu bergantung kepada permintaan, selain anak-anak kami juga menjaga ibu mentua. Sumbangan daripada MAIM amat bermakna, sedikit sebanyak membantu menampung kekurangan keperluan kami enam beranak.

“Bagi golongan B40 seperti saya memang amat terasa daripada aspek beban kewangan, banyak benda perlu dibeli atau disediakan kerana jarak antara pembukaan penggal baharu persekolahan dan permulaan Ramadan agak rapat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengagihan Bantuan Ramadan Dan Syawal Serta Pengagihan Fidyah Kepada Asnaf Fakir Dan Miskin Bagi Tahun 2026 DUN Tanjung Bidara.

Majlis berlangsung di Dewan Japerun Tajung Bidara pada 14 Februari lalu disempurnakan oleh Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas, Setiausaha MAIM, Saifulfazlee Mohamad, Pegawai Tugas-Tugas Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Menurutnya, dia bersama suami kini boleh menumpukan kepada usaha untuk menyediakan barangan keperluan sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

463
Kongsi :
Previous post INOVASI SAWIT KURANGKAN PENCEMARAN, POTENSI PEKEBUN KECIL JANA PENDAPATAN
Next post 2 KERETA, 9 MOTOSIKAL MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH BAZAR KLEBANG