
ZAHARI PANTAU KAWASAN TERJEJAS LIMPAHAN AIR SUNGAI
DURIAN TUNGGAL 24 Februari – Penduduk beberapa lokasi sekitar Durian Tunggal hidup dalam keresahan berikutan kediaman mereka terjejas akibat kejadian limpahan air sungai berulang sejak kebelakangan ini.
Susulan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil turun padang bagi meninjau lokasi terjejas untuk mengenal pasti punca kejadian serta merangka tindakan segera bersesuaian.
Menurut Zahari kejadian dipercayai berpunca akibat taburan hujan yang tinggi, ban pecah dan aliran air dari taman perumahan menyebabkan air sungai naik dengan cepat lalu melimpah.
“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan kerja-kerja pembaikan serta tindakan susulan akan dilaksanakan secepat mungkin. Selain itu, satu perjumpaan bersama agensi berkaitan akan diadakan bagi memastikan penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berkesan dapat dilaksanakan.
“Usaha bersepadu semua pihak akan terus diperkukuhkan bagi menangani masalah ini dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan terlibat,” katanya.
Tinjauan tersebut turut disertai wakil JPS, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Beringin serta JPKK Belimbing Dalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DARI ‘BANDAR MATI’ KE TRANSFORMASI AGENSI AGAMA, RAHMAD KONGSI PENGALAMAN TERAJUI 3 EXCO
AYER KEROH 25 Mei - Pengalaman memegang tiga portfolio Exco Kerajaan Negeri meninggalkan pelbagai kenangan manis, pahit dan cabaran sepanjang...
BANDA HILIR SEMAKIN ‘MENYALA’
BANDA HILIR 25 Mei - Kawasan pelancongan di Banda Hilir semakin berseri pada musim cuti sekolah ini dengan limpahan lampu...
30 LEMBU KORBAN DIAGIHKAN KE LOKASI TERPILIH SEKITAR PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 25 Mei - Sebanyak 30 ekor lembu korban diagihkan ke masjid dan surau terpilih seluruh Parlimen Tangga Batu...
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PELABURAN SEKTOR F&B
PAYA RUMPUT 25 Mei - Perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) termasuk pembukaan lebih banyak restoran makanan segera di negeri...
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
