Sorting by

×

2 KERETA, 9 MOTOSIKAL MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH BAZAR KLEBANG

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

KLEBANG 23 Februari – Dua buah kereta, sembilan motosikal dan pelbagai barangan elektrik boleh dimenangi pengunjung Glam Bazar Aidilfitri Klebang menerusi cabutan bertuah yang disediakan pada Ramadan tahun ini.

Penganjur Glam Bazar Klebang Abdul Rashid Omar berkata, hadiah yang ditawarkan tahun ini lebih meriah dan menarik, di mana pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM30 untuk melayakkan mereka mendapat kupon untuk menyertai cabutan bertuah berkenaan.

Jelas beliau, sebanyak 2,000 kupon disediakan sempena penganjuran bazar kali ini dan dijangka sambutan yang diterima lebih luar biasa berbanding tahun sebelumnya.

“Jika tahun lalu, kita mendapat tempat keempat bazar terbaik dalam Malaysia, tahun ini kita menyasarkan kedudukan lebih baik dengan sasaran pengunjung lebih ramai.

“Oleh sebab itu, kita menambah baik hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan, selain setiap peniaga juga mempunyai pelbagai inisiatif dan kreativiti tersendiri untuk menarik kehadiran pengunjung,” katanya ketika ditemui selepas mengiringi Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin mengadakan walkabout di Glam Bazar Klebang, di sini, semalam.

Whatsapp image 2026 02 23 at 19.56.08
ABDUL RASHID

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Abdul Rashid memaklumkan pihaknya telah menyediakan dua lot parkir di sekitar kawasan tersebut bagi memudahkan pengunjung yang hadir ke Glam Bazar Klebang.

Jelas beliau, lot parkir tersebut merupakan parkir berlesen di bawah MBMB, di mana caj yang dikenakan adalah RM3 untuk kereta dan RM2 untuk motosikal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

668
Kongsi :
Previous post MAIM CERIAKAN GOLONGAN B40 SEMPENA RAMADAN, SYAWAL