Sorting by

×

RAMADAN DUN SUNGAI UDANG DIIMARAHKAN DENGAN PROGRAM TAQARRUB

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

SUNGAI UDANG 24 Februari – Penganjuran Program Taqarrub Ramadan yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang menarik perhatian komuniti setempat untuk bersama-sama mengimrahkan masjid, sekali gus mengisi malam pada bulan mula ini dengan majlis ilmu berfaedah.

Penyelaras DUN Sungai Udang Datuk Rais Yasin berkata, program itu adalah antara usaha berterusan untuk menarik lebih ramai umat Islam untuk mengimarahkan masjid yang tidak terhad sepanjang Ramadan semata-mata.

“Sebagai penyelaras DUN Sungai Udang, menjadi tanggungjawab saya untuk terus mengimarahkan Ramadan, agar bulan yang mulia ini diisi majlis ilmu, ukhwah termasuk amal kebajikan.

“Kita mahu masyarakat bukan sahaja hadir ke masjid untuk menunaikan solat tetapi turut memanfaatkan pengisian ilmu, sekali gus mengeratkan silaturahim,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir ke Program Taqarrub Ramadan ‘Mendamba Reda Ilahi’ Peringkat Negeri Melaka 1447H/2026M yang turut dihadiri Panglima 3 Divisyen Mejar Jeneral Sani S Omar, di Masjid As Syuhada, pada Ahad.

Rais yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, pengimarahan masjid perlu diperkasa agar institusi itu terus menjadi pusat penyatuan ummah serta medan menimba ilmu dan menyemai nilai murni.

“Justeru program seumpama ini akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa bagi memastikan semangat kebersamaan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat terus utuh,” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama beliau turut mengumumkan sumbangan peruntukan bernilai RM5,000 bagi menyokong usaha pengimarahan masjid dan pelaksanaan aktiviti sepanjang Ramadan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

758
Kongsi :
Previous post RAMADAN ERATKAN SILATURAHIM, KOMUNITI ORANG ASLI DUN GADEK DISANTUNI
Next post MAIM, YB ALONG SANTUNI 100 PESAKIT DI HOSPITAL ALOR GAJAH