
MAIM, YB ALONG SANTUNI 100 PESAKIT DI HOSPITAL ALOR GAJAH
REMBIA 24 Februari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan sebagai agensi agama yang menjaga kebajikan umat Islam dengan menyantuni pesakit di Hospital Alor Gajah.
Santunan mesra itu turut disertai Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia Datuk Fairul Nizam Roslan.
Pada lawatan itu, seramai 100 pesakit disantuni termasuk kanak-kanak yang sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Selain bertanya khabar dan menitip kata-kata semangat, Fairul Nizam dan MAIM turut menyampaikan sumbangan kit makanan sunnah dan wang tunai kepada pesakit.
Turut bersama dalam kunjungan itu adalah Pegawai Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah Mohd Dino Md Delan; Ketua Pembangunan Asnaf MAIM, Muhammad Azizol Mohd Sahimi dan Pengarah Hospital Alor Gajah Dr. Ahmad Helmi Hamdan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RTB RM450 JUTA SOLUSI JANGKA PANJANG AKHIRI EPISOD BANJIR LENDU
LENDU 10 Julai – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Baru bernilai RM450 juta, bakal menjadi penyelesaian jangka panjang mengatasi...
NAIK TARAF JALAN KAMPUNG AIR LIMAU-BANDAR BARU MASJID TANAH LANCAR
LENDU 10 Julai - Perjalanan pengguna yang melalui persimpangan Jalan Kampung Ayer Limau -Bandar Baru Masjid Tanah akan lebih lancar...
JELAJAH KETUA MENTERI SEJAHTERAKAN WARGA LENDU
LENDU 10 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membawa impak cukup besar dalam mensejahterakan kehidupan warga Dewan Undangan Negeri...
223 ADUAN RAKYAT LENDU SELESAI, BUKTI AMANAH DITUNAIKAN
LENDU 10 Julai – Sebanyak 223 daripada 282 aduan yang direkodkan menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan...
BULATAN SOLOK DUKU KURANGKAN KESESAKAN SEHINGGA 75 PERATUS
LENDU 10 Julai – Pelaksanaan sistem bulatan atau ‘roundabout’ di persimpangan Solok Duku Jalan Padang Kemunting berjaya melancarkan aliran trafik...
RM67 JUTA SELESAKAN WARGA TELOK MAS
TELOK MAS 10 Julai - Lebih RM67 juta peruntukan telah disalurkan bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan kemudahan rakyat di...
