
Talian Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara
CYBERJAYA, 18 Jan. – Talian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 ditutup sementara mulai hari ini hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini, buat masa ini pelanggan yang mempunyai pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan permohonan BPR boleh menghubungi cawangan atau pusat khidmat hasil (PKH) yang berdekatan.
Pelanggan juga boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPR di portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ untuk penjelasan terperinci berkaitan urusan pendaftaran MyBPR, permohonan baharu dan kemas kini maklumat BPR. – BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PASTIKAN HAK PEKERJA ISLAM TUNAI SOLAT JUMAAT TERPELIHARA
AYER KEROH 23 November - Kerajaan Negeri memastikan hak pekerja Islam di Melaka untuk menunaikan solat Jumaat terus diberi perhatian,...
CALON SPM HARI INI, PEMIMPIN MELAKA MASA DEPAN
KLEBANG 23 November - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini berpotensi menjadi pemimpin negeri pada masa depan, termasuk menggalas...
RAIS INGATKAN BATAS ISU AGAMA, PERMOHONAN MAAF BELUM CUKUP REDAKAN POLEMIK
AYER KEROH 23 November - Pemimpin politik diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika membangkitkan isu sensitif bagi mengelakkan kenyataan atau hantaran...
‘PELUANG PEKERJAAN, MASA DEPAN ANAK MELAKA JADI TANGGUNGJAWAB SAYA’
KLEBANG 23 November - Penyediaan peluang pekerjaan dan kemudahan pendidikan untuk generasi muda merupakan antara tanggungjawab kerajaan dalam memastikan anak...
JANGAN ANGGAP GURU MUSUH, TEGURAN MEREKA DEMI MASA DEPAN – AB RAUF
KLEBANG 23 November - Pelajar di negeri ini diingatkan supaya tidak menganggap teguran dan ketegasan guru sebagai satu bentuk permusuhan,...
PENGGAL KE-16: MELAKA MAHU SEKOLAH LEBIH BAIK, PENDIDIKAN LEBIH BERKUALITI
KLEBANG 23 November - Penambahbaikan infrastruktur sekolah dan kaedah pembelajaran antara aspek yang akan terus diberikan perhatian Kerajaan Negeri dalam...
