Sorting by

×

‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

TANJUNG  BIDARA 21 Mac – Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini termasuk menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) dianggap sebagai yang terbaik.

Bagi Hazlini Omar, 41, dia tidak menjangkakan Ketua Menteri akan tampil dengan idea jualan ayam murah RM5 seekor yang memberikan impak kepada segenap lapisan rakyat Melaka tampa mengira kaum atau latar belakang.

Katannya, penganjuran jualan berkenaan di semua lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah amat kena pada masanya dan membantu rakyat khusus umat Islam melakukan persediaan menyambut Aidilfitri untuk berjimat.

“Saya beli enam ekor ayam Baru RM30 jika harga biasa sudah pasti aka berganda, hasil inisiatif ini saya dapat sediakan juadah dalam jumlah lebih banyak untuk dinikmati bersama keluarga.

“Bagi saya program ini menterjemahkan gagasan MeSRa yang dibawa oleh Ketua Menteri, semua lapisan rakyat menikmati manfaat daripada setiap inisiatif dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pada Program Program Mantai Perdana Aidilfitri DUN Tanjung Bidara di Japerun Tanjung Bidara 19 Mac lalu.

Img 20260320 wa0010
ARIS.

Sementara itu Aris Sulaiman, 51, turut memuji inisiatif dilaksanakan Ketua Menteri yang ternyata amat membantu rakyat kurang berkemampuan khusus B40 untuk berjimat.

“Ketua Menteri amat peka dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, jadi program seumpama ini dianjurkan. Bukan sahaja ayam RM5 seekor juga berlangsung jualan Rahmah.

“Diharapkan program seumpama ini dianjurkan lagi tahun hadapan atau pada musim perayaan Utama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

389
Kongsi :
Previous post KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
Next post SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI