Sorting by

×

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KUALA LINGGI DISERBU, 10 EKOR KAMBING GOLEK ‘PIKAT’ TETAMU

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KUALA LINGGI 25 Mac – Hidangan gulai kawah, asam pedas ikan pari dan kambing golek antara yang dijamu kepada kira-kira 10,000 pengunjung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi.

Majlis berlangsung di Japerun Kuala Linggi, di sini, adalah anjuran bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah.

Kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman menyerikan lagi majlis yang menjadi tumpuan penduduk sekitar DUN Kuala Linggi.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad bersama barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta kenamaan lain.

Sementara itu, Rosli yang juga Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, pihaknya menyediakan lebih 18 juadah buat tetamu yang singgah ke majlis rumah terbuka yang dianjurkan.

“Meskipun cuaca agak panas dan sedikit bahang namun kehadiran tetamu ke majlis ini tidak putus-putus seawal jam 8.00 malam tadi.

“Lebih menarik lagi sambutan ini turut menerima pengunjung daripada negeri jiran, Negeri Sembilan dan sekitar negeri ini,” katanya.

Suasana majlis rumah terbuka tersebut turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu-lagu raya malar segar oleh Kombo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

710
Kongsi :
Previous post BIMBINGAN MAIM BANTU LONJAK PERNIAGAAN YOGURT ‘MADE IN’ ALAI