Sorting by

×

ORANG JOHOR MENANG CABUTAN BERTUAH UTAMA MELAKA RIVER CRUISE SUKU PERTAMA 2026

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

DUYONG 21 April – Bukan sahaja dapat menikmati keindahan panorama menelusuri Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise, malah pengunjung dari Johor ini turut mendapat rezeki tidak disangka-sangka apabila terpilih sebagai pemenang utama cabutan bertuah.

Itu rezeki yang tertulis buat Nur Azhana Murin yang dipilih sebagai pemenang televisyen 65 inci menerusi Program Cabutan Bertuah Melaka River Cruise 2026.

Selain Nur Azhana, dua lagi pengunjung Melaka River Cruise iaitu Cheong Yew Ping dari Melaka dan Nur Fadzilah dari Perak turut dipilih sebagai pemenang cabutan bertuah utama dengan masing-masing membawa pulang pendingin hawa dan telefon pintar.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, pada tahun ini pihaknya membawa kelainan dalam Program Cabutan Bertuah Melaka River Cruise iaitu dengan membuat cabutan empat kali dalam setahun.

IMG 20260420 WA0014
PELANCARAN Cabutan Bertuah Melaka River Cruise 2026 oleh Ketua Menteri.

Jelas beliau, pemenang bagi suku pertama iaitu Januari hingga Jun 2026 membabitkan sebanyak 75 hadiah secara keseluruhan telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada sesi cabutan yang diadakan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), baru-baru ini.

“Program cabutan bertuah suku tahun kedua iaitu dari bulan April hingga Jun 2026 diteruskan bagi menghargai sokongan berterusan para pengunjung terhadap produk pelancongan Melaka River Cruise.

“Cabutan bagi suku kedua dijadual akan diadakan pada Julai depan dengan pelbagai lagi hadiah menarik bakal ditawarkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

IMG 20260420 WA0012
SESI cabutan bertuah Melaka River Cruise suku pertama 2026.

Menurut Shaharul Azuar, pengunjung hanya perlu membuat pembelian tiket Melaka River Cruise bernilai RM70 dan ke atas dalam satu resit untuk melayakkan diri menyertai cabutan bertuah itu sehingga hujung tahun ini.

“Kita yakin inisiatif ini dapat menjadi daya penarik dan menggalakkan lebih ramai pelancong untuk menikmati pengalaman unik menelusuri Sungai Melaka dan pada masa sama menjadikan Melaka sebagai destinasi percutian pilihan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

595
Kongsi :
Previous post MELAKA ANJUR KONVENSYEN DAN KARNIVAL KERJAYA JUN INI
Next post TEKNOUSAHAWAN: MELAKA SEDIA LAHIR LEBIH RAMAI USAHAWAN TVET