Sorting by

×

KEREPEK PISANG NANGKA BAWA REZEKI TAK DISANGKA

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

ASAHAN 5 Mei – Daripada memasak untuk hidangan sendiri dan keluarga, seorang warga emas dari Felcra Desa Mesra Perdana tidak menyangka kerepek pisang hasil air tangannya ‘laku keras’.

Walaupun hanya bermula secara kecil-kecilan di belakang rumah bermodalkan RM50, Yati Utih, 61, berkata, dia kini mampu menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan, terutama setiap kali musim perayaan.

“Ketika saya bekerja di kilang, saya sering buat kerepek pisang sekadar untuk makan dan berkongsi dengan rakan-rakan di tempat kerja. Ketika itu, rakan sekerja memuji rasa kerepek pisang ini dan ia mendorong untuk memulakan perniagaan ini pada tahun 2016.

“Meskipun kurang keyakinan ketika ingin memulakan perniagaan ini, namun atas semangat mahu mencuba saya tidak menoleh kebelakang dan alhamdulillah saya bersyukur produk makanan yang dihasilkan mendapat sambutan hebat,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di kediamannya di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan.

Menurut Yati, perniagaan yang lebih dikenali sebagai ‘Warisan Mek Tie’ itu diusahakan bersama keluarga dan mampu menghasilkan 100 kilogram kerepek pisang dalam sehari.

“Pada peringkat awal, saya hanya menggunakan pisang nangka tanaman sendiri di belakang rumah.

“Sehingga kini, semua proses daripada mengupas, menggoreng dan membungkus dilakukan sendiri bersama bantuan keluarga,” ujarnya.

Selain kerepek pisang, ujar Yati perniagaannya turut menawarkan pelbagai kuih tradisional yang lain antaranya kuih tiram, kuih ros, dan kerepek udang geragau.

Katanya, selain memasarkannya secara fizikal dari rumah dan kedai-kedai, produk makanannya itu turut dijual secara dalam talian.

“Kami turut menerima pelanggan dari luar Melaka seperti Johor, Terengganu, dan Selangor,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

330
Kongsi :
Previous post HARI ADUAN RAKYAT: FOKUS SELESAI ISU TELEKOMUNIKASI, TANGANI ‘BLIND SPOT’
Next post MELAKA KAJI TUBUH PUSAT JAGAAN WARGA EMAS MENJELANG 2030