Sorting by

×

MELAKA SASAR SEMUA DUN MILIKI RUMAH TRANSIT MENJELANG 2028

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

AYER MOLEK 5 Mei – Pembinaan Rumah Transit di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Melaka akan disegerakan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun lagi.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, bagi DUN belum memiliki kemudahan itu pembinaannya akan dilaksanakan antara tahun 2027 hingga 2028.

“Setakat ini sebanyak 10 unit Rumah Transit telah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM). Sebagai makluman Rumah Transit di DUN Ayer Molek ini adalah unit ke-10 yang dibina boleh LPM, jadi masih ada 18 lagi kemudahan sama akan dibina, kita pastikan semuanya dapat disiapkan kerana peruntukan sudah tersedia.

“Peruntukan sudah dibelanjakan bagi pembinaan 10 unit rumah ini adalah sebanyak RM640,000 dengan kos RM70,000 bagi setiap unit,” katanya beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Transit DUN Ayer Molek sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Ayer Molek di Dewan Japerun Ayer Molek, hari ini.

Hadir sama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zukiflee Mohd Zin serta Pengarah Eksekutif LPM Datuk TPr. Murad Husin.

Rais berkata, setakat ini, Rumah Transit telah siap dibina di DUN Tanjung Bidara, Paya Rumput, Taboh Naning, Merlimau, Duyong, Lendu, Pengkalan Batu, Pantai Kundor dan Serkam yang mana kemudahan itu juga sudah mula digunakan.

Menurutnya, Rumah Transit dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui LPM merupakan inisiatif berterusan dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya mangsa yang terjejas akibat bencana seperti kebakaran dan ribut.

“Rumah Transit ini disediakan secara percuma termasuk kos utiliti yang ditanggung oleh pihak Japerun bagi meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal secara tiba-tiba.

“Ia merupakan penempatan sementara, kebiasaannya sehingga sebulan, bagi memberi ruang kepada mereka terjejas mencari kediaman tetap. Kemudahan ini bukan sahaja menyediakan perlindungan fizikal, malah turut membantu pemulihan emosi dan semangat mangsa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

414
Kongsi :
Previous post WANITA MAUT MOTOSIKAL DIREMPUH KERETA DI JALAN UJONG PASIR
Next post TIADA LAGI ‘DONUT’, ‘LINE SIPUT’ DI PEKAN ASAHAN