Sorting by

×

DARI TEPI JALAN, KINI MILIKI BENGKEL MAKANAN SEJUK BEKU

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

ASAHAN 5 Mei – Daripada bermula dengan operasi secara kecil-kecilan, seorang pengusaha makanan sejuk beku kini mampu menarik nafas lega apabila hasrat untuk memiliki bengkel membuat makanan sendiri tercapai menerusi Geran Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI).

Menurut Fatin Nadhirah Mohamad, 32, sebelum ini dia hanya menjadikan dapur rumah ibunya sebagai tempat menghasilkan kuih jualan dan keadaan itu sedikit menyukarkan pergerakan.

Katanya, disebabkan keadaan itu dia mengimpikan untuk memiliki sebuah bengkel tetapi kerana kekangan kewangan hasrat itu terpaksa dilupakan sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan memberitahu tentang Geran SejaTi MADANI.

“Memang tidak sangka akan terpilih dan impian untuk mempunyai sebuah bengkel makanan tercapai walaupun tidaklah besar namun ia amat memadai untuk saya beroperasi.

“Sebelum ini boleh katakan tempahan diterima agak banyak tetapi saya terpaksa hadkan kerana tidak mempunyai tempat sesuai.

“Alhamdulillah dengan adanya bengkel ini saya dapat mengembangkan lagi perniagaan dengan menambah bilangan pengeluaran stok selain itu ia lebih selesa,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Jalan Mohammad Kampung Gapis.

Menurut pengusaha ‘Kitchen Queen By Yaya’ itu, dia tidak menyangka daripada bermula dengan menemani arwah ayahnya Mohamad Bazid, berniaga roti boom di bahu jalan suatu masa dahulu, dia kini dia mempunyai sebuah bengkel sendiri.

“Pastinya impian ini tidak tercapai jika YB Along tidak membantu, besar jasa beliau khususnya dalam membantu usahawan kecil.

“Sekarang ini pengeluaran seperti karipap dan roti boom sejuk beku antara 300 hingga 400 pek sebulan selepas ini pengeluaran dijangka dapat ditambah,” katanya.

Jelasnya, dengan ruang yang lebih selesa dia merancang untuk memperluaskan juga perniagaan mini katering yang diusahakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

456
Kongsi :
Previous post WRUR AYER MOLEK: DUA BERANAK TERSENTUH DIBANTU MAIM
Next post MPHTJ PERGIAT OPERASI TEMBAK GAGAK