Sorting by

×

HARGA RUMAH MELAKA KEKAL TERENDAH DI MALAYSIA

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 14 Mei – Harga kediaman bagi pasaran Melaka kekal terendah di Malaysia berdasarkan data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) sehingga suku keempat 2025.

Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM) Datuk TPr. Murad Husin berkata, pencapaian itu antaranya dipengaruhi oleh Dasar Perumahan Negeri Melaka yang menetapkan setiap pembangunan perumahan melebihi 10 ekar (4.0 hektar) perlu melibatkan 50 peratus komponen Rumah Mampu Milik (RMM).

“Berdasar laporan NAPIC sehingga suku keempat 2025 Melaka kekal sebagai negeri dengan harga rumah antara yang terendah di Malaysia iaitu RM252,528 berbanding RM505,753 peringkat nasional.

“Komponen tersebut mestilah merangkumi Rumah Bahagia/Rumah Kos Rendah pada harga RM70,000; Rumah Sejahtera/Rumah Kos Rendah Sederhana (RM120,000); Rumah Impian Jenis A/Rumah Mampu Milik Jenis A (RM180,000) dan Rumah Impian Jenis B/Rumah Mampu Milik Jenis B (RM250,000),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut beliau, penambahbaikan sistem digital dilaksanakan LPM bagi permohonan RMM juga membuka akses lebih luas dengan pelbagai tawaran kediaman berkualiti dan mampu milik buat mereka sedang berkira-kira untuk membeli rumah.

“Permohonan rumah secara dalam talian menerusi https://espt.lpnm.gov.my/frontend/web/user/login merupakan inisiatif ke arah memperkasa peroses permohonan yang lebih telus, sistematik dan berintegriti.

“Menerusi inisiatif ini ia amat memudahkan rakyat apabila permohonan RMM boleh dibuat secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat fizikal selain bertujuan juga mengurangkan karenah birokrasi, sekali gus membolehkan rakyat mendapatkan rumah impian dengan lebih efisien,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

427
Kongsi :
Previous post HAJI HASSIM ‘BAPA PERPADUAN’ MACHAP JAYA
Next post 50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA