Sorting by

×

KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

TANJUNG BIDARA 16 Mei – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik bersempena Sambutan Hari Guru, hari ini.

Katanya, meskipun sudah mengakhiri perkhidmatan insan bergelar pendidik sebenarnya tidak pernah ‘bersara’ kerana ilmu dicurahkan rerus hidup dalam kejayaan anak-anak muridnya.

“Saya mendoakan cikgu-cikgu sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah SWT serta dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga setiap ilmu, tunjuk ajar dan pengorbanan yang pernah dicurahkan
kepada anak-anak bangsa menjadi amal jariah serta ladang pahala yang berpanjangan.

“Bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2026, saya mengambil kesempatan ini, mewakili seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka serta seluruh Wakil Rakyat dalam Parlimen Masjid Tanah ini, mengucapkan selamat hari guru buat seluruh warga pendidik,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Seuntai Kasih Sejambak Bakti Buat Pesara Guru Parlimen Masjid Tanah di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, di sini, malam tadi.

Majlis meraikan 570 pesara guru dalam Parlimen Masjid Tanah itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin merangkap Adun Taboh Naning.

Hadir sama Timbalan Exco, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Datuk Rosli Abdullah merangkap Adun Kuala Linggi serta Adun Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

632
Kongsi :
Previous post ‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’