Sorting by

×

WRUR KOTA LAKSAMANA: JAPERUN BAHARU SIAP DALAM TEMPOH TIGA TAHUN

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

KOTA LAKSAMANA 17 Mei – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana bakal memiliki Kompleks Japerun sendiri yang Serbia baharu dan moden selepas Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan kemudahan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana Low Chee Leong berkata, pembinaan Kompleks Japerun itu dijangka melibatkan kot RM6.5 juta.

“Kemudahan ini nanti akan dilengkapi ruang pejabat yang lebih selesa dan pelbagai kemudahan lain seperti dewan serbaguna.

“Setakat ini kita menumpang buat sementara waktu di Balai Raya Kampung Morten, projek ini mengambil masa tiga tahun dan dijangka siap pada  2029,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Kota Melaka: Kampung Kita DUN Kota Laksamana disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Teck, di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan merangkap Penyelaras Program WRUR.

Yang turut hadir Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco Kerajaan Negeri serta Pegawai Daerah Melaka Tengah Mohd Shaiful Hizam Johan.

Chee Leong berkata, Kompleks Japerun itu dirancang dibina di kawasan tambakan laut di Kota Laksamana Jaya.

“Sekarang ini bangunan sedia ada terlalu kecil, rakyat datang untuk buat aduan tidak selesa, kami mhu bermesyuarat juga tidak selesa kerana ruang terhad,” katanya.

Terdahulu pada majlis sama turut berlangsung gimik pecah tanah bagi pembinaan Kompleks Japerun Kota Laksamana.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

136
Kongsi :
Previous post WRUR KOTA LAKSAMANA: PILIHAN RAYA ATAU TIDAK, TUGAS MEMBELA RAKYAT TETAP BERJALAN