
MAIM SASAR 150 SAUDARA BAHARU PELUK ISLAM TAHUN INI
BUKIT KATIL 18 Mei – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan seramai 150 individu memeluk Islam di negeri ini sepanjang tahun 2026.
Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM Nasir Wahab berkata, sehingga pertengahan Mei ini dijangkakan jumlah itu akan terus meningkat.
Katanya, sasaran tahunan kekal, namun jumlah saudara baharu yang memeluk Islam saban tahun akan melebihi jumlah yang disasarkan.
“Setakat ini (bulan Mei) seramai 41 mualaf direkodkan memeluk Islam dan statistik setiap tahun memang akan ada peningkatan daripada jumlah yang disasarkan Balai Islam.
“Biasanya sasaran itu kadang-kadang capai, kadang-kadang lebih.Jarang berlaku kurang daripada itu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Nasir berkata, MAIM menyediakan sebanyak 21 kelas bimbingan di seluruh negeri ini bagi membantu mualaf mendalami ajaran Islam.
“Setiap daerah ini mempunyai kelas tersendiri termasuk di Melaka Tengah iaitu di Surau AGIB Taman Bukit Katil Jaya ini.
“Kita nasihatkan semua mualaf lama mahupun yang baharu di negeri ini untuk hadir ke kelas-kelas yang kita sediakan berhampiran dengan mereka untuk memantapkan kefahaman Islam,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
ANAK-ANAK AUTISME ‘CABAR DIRI’ NAIK PERKHIDMATAN AWAM
AYER KEROH 19 Ogos - Seramai 13 kanak-kanak autisme diberi pendedahan berhubung cara menggunakan perkhidmatan awam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)...

