Sorting by

×

MELAKA MAHU PENUNTUT TVET SENTIASA ‘INDUSTRY READY’

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

TABOH NANING 18 Mei – Institut Teknologi Automotif Termaju Proton (Proton Institute) memainkan peranan amat penting dalam terus memperkukuhkan lagi ekosistem industri automotif di Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Proton Institute diharap dapat memperluaskan peranan dalam aspek pembangunan bakat selain menjadi jambatan antara latihan dan keperluan sebenar industri.

“Kita juga mahu Proton Institute memperkukuh program ‘industrial attachment’ dan pensijilan profesional supaya graduan benar-benar ‘industry ready’.

“Malah industri automotif di Melaka sudah mempunyai asas kukuh menerusi operasi dua kilang pemasangan kenderaan di Kawasan Perindustrian Hicom, Pegoh,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian pada sesi Towh Hall Bersama Pelajar Institut Teknologi Automotif Termaju Proton (Proton Institute) Dan ADTEC JTM Di Negeri Melaka Bersama Ketua Menteri Melaka di Auditorium Proton Institute, di sini, hari, ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Datuk Rospiagos Taha; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Sdn Bhd Datuk Ir. Abdul Rashid Musa serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.

Yang turut hadir Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zilkiflee Mohd Zin, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Siti Faizah Abdul Azis serta Pengarah Proton Institute Ts. Dr. Norhuda Salim.

Ab Rauf berkata, peranan institusi latihan itu penting kerana pembangunan industri automotif di Melaka dijangka mewujudkan lebih 1,000 pekerjaan baharu dan peluang itu mesti diisi oleh tenaga mahir tempatan.

“Malah mndustri automotif negara sedang berkembang menjadi sebagai antara sektor strategik utama yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) mencecah kira-kira 1 juta unit menjelang 2030,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

126
Kongsi :
Previous post ANAK TVET MELAKA PERLU JADI PENCETUS INOVASI
Next post MAIM SASAR 150 SAUDARA BAHARU PELUK ISLAM TAHUN INI