
Bekas kakitangan MPNM direman bantu siasatan kes penyelewengan
AYER KEROH 16 Jun – Mahkamah Majistret di sini, membenarkan dua bekas kakitangan Majlis Pengakap Negeri Melaka (MPNM) direman tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang sewaan bangunan bernilai kira- kira RM50,000 sejak lima tahun lalu.
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek berusia 50-an dan 30 tahun itu dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat selepas mendapat permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penahanan itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dijalankan terhadap kedua-dua individu terbabit.
Terdahulu, suspek masing-masing adalah bekas setiausaha kerja eksekutif dan penolong kerani kewangan MPNM tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira- kira jam 11.30 pagi sebelum dibawa keluar 90 minit kemudian.
Difahamkan, kedua-dua mereka ditahan di Pejabat SPRM Melaka, di Alai, kira- kira jam 6.30 petang semalam selepas diminta hadir untuk diambil keterangan.
Views:
Related

Berita Lain
RM150,000 SENTUH HATI RAKYAT DUYONG
DUYONG 2 Ogos - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan dan bantuan bernilai hampir RM150,000 bagi memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat...
2 JAM JELAJAH DUYONG, TOK RAUF SELAMI DENYUT NADI RAKYAT
DUYONG 2 Ogos - Lebih dua jam bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MELAKA BELANJA LEBIH RM250,000 SEDIA KEMUDAHAN TERAPI OKU
DUYONG 2 Ogos - Lebih RM250,000 telah dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi menyediakan kemudahan terapi untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU)...
TOKONG, PERSATUAN PENGANUT DUYONG RASAI NIKMAT MELAKA SAYANG RAKYAT
DUYONG 2 Ogos - Sejumlah RM20,000 disalurkan Kerajaan Negeri khusus kepada tokong dan persatuan penganut di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RUMAH SELESA, SELAMAT SINARI KEHIDUPAN 9 KELUARGA DI TELOK MAS
TELOK MAS 2 Ogos - Seramai sembilan keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas bakal menikmati kediaman lebih selesa...
KASIH SAYANG TOK RAUF BUAT ANAK ISTIMEWA DUYONGKITA
DUYONG 2 Ogos - Anak-anak istimewa antara golongan yang tidak pernah terpinggir daripada perhatian Kerajaan Negeri apabila Ketua Menteri Datuk...

