
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan waktu solat dan tarikh-tarikh penting Islam sepanjang tahun.
Inisiatif itu membolehkan pengguna mengakses takwim berkenaan dengan hanya mengimbas kod QR yang disediakan menggunakan telefon pintar atau peranti mudah alih masing-masing.
Melalui kemudahan tersebut, orang ramai boleh mendapatkan maklumat waktu solat bagi seluruh negeri Melaka selain mengetahui tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam dengan lebih pantas dan mudah.
Usaha pendigitalan takwim itu selaras dengan perkembangan teknologi semasa serta komitmen MAIM dalam memperluaskan penyampaian maklumat Islam kepada masyarakat menerusi platform digital.
MAIM berharap penyediaan Takwim Hijrah Digital itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam di negeri ini sebagai panduan dalam merancang aktiviti keagamaan dan menghayati peristiwa-peristiwa penting dalam kalender Islam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
