Sorting by

×

POLIS MELAKA SUDAH BERSEDIA HADAPI PRN KE-16

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

TANJUNG BIDARA 1 Julai – Polis Kontinjen Melaka melakukan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, sehubungan itu pihaknya melaksanakan Latih Amal Ex-Undi Pengendalian Elemen Rusuhan PRN Ke-16 Negeri Melaka (Simulasi Ketenteraan Awam) bagi menguji tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota bakal ditugaskan pada PRN nanti.

Dzulkhairi berkata, menariknya latihan kali ini dilaksanakan secara bersepadu dengan melibatkan agensi berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

“Meskipun kita belum tahun tarikh sebenar PRN Melaka tetapi Polis Kontinjen Melaka mengambil langkah awal dengan melaksanakan latihan ini, kita mahu semua elemen sudah bersedia apabila PRN berlaku.

“Seramai 3,300 pegawai dan anggota akan bertugas untuk membantu urusan pilihan raya termasuk proses penamaan calon, pra pilihan raya dan pasca pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup Latih Amal Ex-Undi Pengendalian Elemen Rusuhan PRN Ke-16 Negeri Melaka (Simulasi Ketenteraan Awam) yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Dewan Datuk Kapten (B) Ab Karim, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Krisis Bencana) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk MV Srikumar; Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka Norazle Sulaiman serta Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka Rudy Rohan Johan @ Shafie.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Ahmad Jefferi Abdullah, Yang Dipertua MPAG Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim; Pengarah JBPM Negeri Melaka Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Zaidi Ma’at dan Pengarah APM Negeri Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim.

Katanya, berdasarkan pemantauan pihaknya menjangkakan proses PRN Melaka akan berlangsung dalam suasana aman dan terkawal.

“Tetapi Polis Kontinjen Melaka sentiasa berwaspada dan susulan itu kita mengadakan latihan amal seperti ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

595
Kongsi :
Previous post TERIMA KASIH TOK RAUF, RAKYAT PUAS HATI MAKAN DURIAN PERCUMA
Next post APC IKTIRAF BAKTI PENJAWAT AWAM PERKASA PELANCONGAN MELAKA