Sorting by

×

KURSUS PRA PERKAHWINAN PERCUMA BERI MANFAAT HAMPIR 3,000 ANAK MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

PENGKALAN BATU 4 Julai – Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Melaka yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dan diselia MAIM Holdings Berhad telah memberi manfaat kepada hampir 3,000 anak Melaka pada tahun ini.

Pengurus Besar MAIM Holdings Berhad Amirul Basiron berkata, setakat Januari hingga Jun 2026, seramai 2,928 peserta telah menyertai kursus tersebut menerusi 23 siri yang dianjurkan.

Jelas beliau, bilangan peserta tertinggi direkodkan adalah pada April iaitu seramai 712 peserta diikuti 670 peserta pada Jun, 555 (Mei), 403 (Februari), 310 (Mac) dan 287 pada Januari.

“Melihat kepada sambutan yang menggalakkan, MAIM Holdings Berhad sedang mempertimbangkan beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kapasiti dan bilangan peserta kursus pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka Bil. 2 / 2026 anjuran MAIM Holdings Berhad yang disempurnakan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman di Auditorium Masjid Al Azim, Bukit Palah, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah MAIM Holdings Berhad Datuk Rosli Abdullah; Mufti Kerajaan Negeri Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka Azzeman Omar dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad; Pengurus Besar MAIM Holdings Berhad Amirul Basiron; Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Zohaime Mohd Sori; Pengurus MAIM Bentara Security Sdn Bhd Datuk Shafrie Abdullah serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Amirul turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana telah menyediakan peruntukan berjumlah RM594,000 dan RM150,000 bagi penganjuran kursus pra perkahwinan percuma ini pada tahun lalu dan tahun ini.

Jelasnya, sejak mula diperkenalkan pada tahun lalu, inisiatif itu telah memberi manfaat kepada lebih 6,200 peserta yang bakal mendirikan rumah tangga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

574
Kongsi :
Previous post MELAKA LANCAR KEMPEN TUNAI ZAKAT SAHAM, POTONGAN GAJI ZAKAT
Next post WRUR SERKAM: ISU GERAN TANAH 50 PENDUDUK TAMAN PONDOK INDAH HAMPIR SELESAI