Sorting by

×

PEMASANGAN KERANGKA BESI BAHARU SUNGAI MALIM SELESAI

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KESIDANG 5 Julai – Kerja-kerja pemasangan kerangka besi baharu di Sungai Malim yang runtuh pada Disember tahun lalu siap dilaksanakan dengan kos keseluruhan melebihi RM1 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang Allex Seah Shoo Chin berkata, daripada jumlah itu sejumlah kira-kira RM800,00 membabitkan pemasangan kerangka besi baharu manakala RM249,370 pula kos pengalihan kabel telekomunikasi.

“Secara keseluruhan projek ini melibatkan peruntukan lebih RM1 juta yang belum termasuk kerja pembersihan daripada Jabatan Pengairan dan Saluran (JPS) yang akan dilaksanakan nanti bagi memastikan infrastruktur utiliti di kawasan ini kembali kukuh , selamat dan berfungsi dengan baik.

“Ini kerana selepas kejadian pada 20 Disember lalu Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) telah melaksanakan penyelesaian sementara dengan menyalurkan bekalan air dari Loji Cheng ke kawasan Perindustrian Malim manakala sebahagian kawasan Pokok Mangga menerima bekalan melalui Loji Air Sebukor.

“Langkah itu berjaya memastikan bekalan air kepada pengguna kekal stabil sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan dijalankan,” katanya.

Menurut Allex, kerja-kerja pengalihan kabel akan dilaksanakan secara berfasa dan berkemungkinan menyebabkan sedikit gangguan sepanjang proses berlangsung.

“Pelaksanaan kerja tersebut amat penting bagi memastikan keseluruhan projek dapat disiapkan dengan sempurna serta menjamin keselamatan dan kelancaran operasi utiliti untuk jangka panjang.

“Saya berharap penduduk di kawasan sekitar terus memberikan kerjasama serta bersabar sepanjang kerja-kerja berkaitan dilaksanakan demi manfaat bersama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

584
Kongsi :
Previous post KERAJAAN NEGERI AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP PREMIS PENYEBAB GANGGUAN LALAT
Next post BATIK MELAKA-BELANDA DILANCARKAN, KETENGAH MOTIF BUNGA KESIDANG DAN TULIP