Sorting by

×

ORANG SERKAM PUJI DASAR MESRA RAKYAT KETUA MENTERI

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERKAM 6 Julai – Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam menyifatkan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) sebagai platform berkesan dalam mendekatkan rakyat dengan pemimpin.

Bagi B. Jayaramachandaran, 46, program WRUR memberi peluang kepada masyarakat untuk beramah mesra bukan sahaja sesama penduduk, malah turut bertemu sendiri dengan pemimpin negeri secara lebih dekat.

“Program begini jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap rakyat, selain wajar diteruskan pada masa akan datang kerana mampu menyatukan pelbagai kaum serta memberi ruang untuk membawa keluarga bersama,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dia ditemui selepas Festival Pantai Siring 2026 sempena Program WRUR Jasin: Kampung Kita DUN Serkam yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pantai Siring, di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, S. Vanitha, 49, berkata pelaksanaan WRUR membuktikan pendekatan Kerajaan Negeri kini lebih mesra rakyat dan dekat dengan masyarakat.

“Selama tiga tahun kepimpinan Ketua Menteri saya dapat melihat sendiri pelbagai perubahan dan kemajuan yang dibawa. Ini menunjukkan kepimpinan yang lebih mesra rakyat dan prihatin,” katanya.

Manakala Yaacob Khamis, 65, berharap program seperti ini dapat diteruskan secara berkala kerana memberi peluang kepada golongan warga emas untuk turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan yang jarang diperoleh.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri dan barisan kepimpinan negeri. Saya berharap segala inisiatif yang dibawa terus memberi manfaat kepada rakyat pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

561
Kongsi :
Previous post JELAJAH KETUA MENTERI BUAT RAKYAT RASA DIHARGAI
Next post SANGGUP TEMPUH PERJALANAN 5 JAM DEMI DURIAN PREMIUM MELAKA