
LIGA FUTSAL PIALA YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA KEMBALI DENGAN FORMAT BAHARU
TANJUNG BIDARA 1 Ogos – Kejohanan Liga Futsal Piala Yang Di-Pertua Negeri Melaka dianjurkan buat kali kedua tahun ini tampil dengan format pertandingan yang kini melibatkan enam kawasan parlimen seluruh Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata inisiatif itu bukan sahaja membuka lebih banyak peluang kepada penyertaan belia malah menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta memupuk semangat perpaduan menerusi sukan.
“Futsal adalah antara sukan yang menarik minat orang muda, menerusi sukan kita berinteraksi dan berkongsi minat yang sama, sekali gus menjalinkan silaturahim,” kata Ketua Menteri.
Beliau berkata demikian ketika berucap Merasmikan Kejohanan Liga Futsal Piala Yang Di-Pertua Negeri Melaka Parlimen Masjid Tanah DI Gelanggang Futsal Kampung Pulau, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka, Syafiefie Mohd Rashid.
Menggunakan format baharu itu juara dan naib juara di setiap Parlimen akan berentap pada peringkat negeri yang dijadual berlangsung pada 23 Ogos ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DALAM DIAM TOK RAUF, YB ROSLI BANTU RINGANKAN BEBAN NELAYAN
KUALA LINGGI 2 November - Dalam diam penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah turut memainkan...
MELAKA SUDAH SEDIA 195 STESEN PENGECAS EV
GADEK 2 November - Sebanyak 195 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di 95 lokasi telah disediakan di seluruh Melaka setakat...
NILAI BERDASARKAN PRESTASI, TERUSKAN KESINAMBUNGAN KEHARMONIAN DI MELAKA
TABOH NANING 2 November - Rakyat Melaka diberi mandat untuk menentukan calon bagi mewakili mereka selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)...
ISU DALAMAN BN TANGGA BATU SELESAI SECARA KEKELUARGAAN – RAIS
SUNGAI UDANG 2 November - Isu dalaman Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tangga Batu yang sebelum ini mencetuskan dakwaan penolakan...
PENGUNDI USIA 80 TAHUN BERSEMANGAT SARAPAN BERSAMA TOK RAUF
TABOH NANING 2 November - Peluang untuk bersarapan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menceriakan Fauziah...
MELAKA PERKUKUH KEDUDUKAN SEBAGAI HAB AUTOMOTIF ASIA TENGGARA
GADEK 2 November - Pengeluaran dua model kenderaan hibrid terbaharu Great Wall Motor (GWM) di Pegoh dijangka memperkukuh kedudukan Melaka...
