HARI KEBANGSAAN: 13 PRODUK PELANCONGAN MELAKA PERCUMA UNTUK RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BANDARAYA MELAKA 21 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka bukan hanya tertumpu kepada acara kemerdekaan, malah rakyat Malaysia turut berpeluang menikmati kemasukan percuma ke 13 produk pelancongan terpilih di negeri ini pada 31 Ogos ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif berkenaan merupakan usaha Kerajaan Negeri memastikan rakyat yang hadir ke Melaka sempena Hari Kebangsaan turut berpeluang menikmati pelbagai tarikan pelancongan yang terdapat di negeri ini.

“Sempena 31 Ogos 2026, Kerajaan Negeri Melaka dengan sukacitanya menawarkan kemasukan percuma ke 13 produk pelancongan terpilih di Melaka kepada rakyat Malaysia.

“Ya, kita mahu rakyat yang datang ke Melaka bukan sahaja hadir ke sambutan Hari Kebangsaan, tetapi turut menikmati pelbagai aktiviti yang ada di negeri ini,” katanya ketika bersiaran dalam program Tok Rauf Masuk Konti di MELAKAfm, di sini, hari ini.

Menurut Ab Rauf, 13 produk pelancongan yang terlibat adalah Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Eco Cruise Sungai Linggi, Eco Cruise Tasik Chin Chin, muzium di bawah kendalian Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Zoo Melaka.

Selain itu, ujar beliau, ia turut membabitkan Muzium Penjara Malaysia Melaka, Kompleks Kraf Melaka, Kompleks Air Panas Gadek, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka Wonderland & Themepark, Ayer Keroh Country Club serta Tiara Melaka Golf & Country Club.

“Inilah makna sebenar Melaka Sayang Rakyat. Inisiatif ini pada asalnya dirancang pada 20
Februari, tetapi ditangguhkan ke 31 Ogos kerana tarikh asal tersebut berada dalam bulan Ramadan.

“Jadi saya mempelawa rakyat, khususnya yang datang bersama keluarga, mengambil
kesempatan ini untuk menikmati produk pelancongan terpilih di Melaka sambil menyambut Hari Kebangsaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

565
Kongsi :
Previous post KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA JADI PENTAS SUARA, BAKAT DAN MASA DEPAN
Next post 20,000 T-SHIRT, 2,000 HELMET EKSKLUSIF JADI TARIKAN KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA