PPSPM CAPAI 70 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

DUYONG 21 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berjaya mencapai hampir 70 peratus sasaran jumlah pengunjung bagi produk pelancongannya setakat 15 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, pencapaian itu membuktikan produk pelancongan berasaskan sungai dan pantai terus mendapat sambutan pengunjung.

Menurutnya, pihaknya optimis sasaran ditetapkan dapat dicapai dengan mengambil kira pelbagai program dan aktiviti pelancongan yang bakal berlangsung sepanjang tahun, khususnya menjelang musim cuti persekolahan.

“Alhamdulillah, sehingga 15 Ogos, hampir 70 peratus kita sudah mencapai sasaran pengunjung yang ditetapkan.

“Kita akan terus memperkukuh usaha untuk memastikan produk-produk PPSPM sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang datang ke Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Perhimpunan Bulanan PPSPM bagi bulan Mei hingga Ogos 2026 di Dataran Pengkalan Rama, di sini, hari ini.

Menurut Shaharul Azuar, menerusi perhimpunan berkenaan, beliau turut memberi penekanan terhadap aspek integriti dan kesiapsiagaan warga kerja bagi memastikan pengunjung menerima perkhidmatan serta layanan terbaik ketika menikmati produk pelancongan PPSPM.

Katanya, setiap kakitangan perlu memainkan peranan penting dalam memastikan pengalaman pengunjung berada pada tahap terbaik, terutama di Melaka River Cruise dan produk-produk pelancongan PPSPM yang lain.

“Sentiasalah memberikan layanan terbaik kerana setiap pengunjung yang datang adalah penting dan kita mahu mereka membawa pulang pengalaman yang baik sepanjang berada di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

547
Kongsi :
Previous post AKSI TEMPUR, LOMPAT API GEGARKAN SAMBUTAN MERDEKA MELAKA
Next post RM1 JUTA UBAH WAJAH KAMPUNG ALAI