PRN MELAKA: BAYANGAN CALON? TUNGGU SEBELUM HARI PENAMAAN – AB RAUF

Masa Membaca:56 Saat

PENGKALAN BATU 25 September – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih berteka-teki mengenai bayangan calon yang bakal diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, dengan berkata bayangan mengenainya hanya akan diberikan apabila tiba masa yang sesuai.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, perkara berkaitan calon akan dibincangkan, namun tidak mendedahkan sebarang nama atau perkembangan lanjut.

“Bayangan calon? Tunggu sebelum hari penamaan calon. Nanti ramai yang rindu bayangan,” katanya berseloroh ketika ditemui pemberita selepas Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka MeSRa Pendidikan SPM & STPM 2026 di Manipal University College Malaysia (MUCM) Melaka Campus, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada rundingan politik bersama parti-parti lain telah dilakukan, Ab Rauf berkata ia akan dilakukan pada minggu depan.

Sebelum ini, beliau memaklumkan rundingan kerjasama politik bagi menghadapi PRN Melaka akan dimulakan selepas pembubaran DUN, manakala BN Melaka turut menyatakan pendirian untuk mempertahankan 21 kerusi yang dimenangi pada PRN Melaka ke-15.

DUN Melaka ke-15 dibubarkan berkuat kuasa 23 September lalu bagi memberi laluan kepada PRN Melaka ke-16.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

285
Kongsi :
Previous post ‘DULU SAYA ANAK PENOREH GETAH’ – AB RAUF MAHU WARISKAN KERAJAAN TERBAIK UNTUK ANAK MUDA MELAKA
Next post MESYUARAT KHAS SPR 7 OKTOBER TENTUKAN TARIKH PENTING PRN MELAKA KE-16