JEREBU: MELAKA TUTUP SEKOLAH JIKA IPU CECAH 200

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 8 Oktober – Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan menutup sekolah sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200, susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan ketika ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, berdasarkan keadaan terkini, bacaan IPU di Melaka berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan 172 di beberapa lokasi.

Jelas beliau, buat masa ini aktiviti persekolahan di negeri ini masih diteruskan namun meminta agar segala aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan.

“Saranan dan nasihat saya kepada guru dan pelajar adalah kurangkan aktiviti di luar bilik darjah. Selain itu, banyakkan minum air dan juga pakai pelitup muka,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan terus memantau bacaan IPU semasa dan sebarang tindakan berkaitan operasi sekolah akan dibuat berdasarkan keadaan serta paras pencemaran udara yang direkodkan, terutama apabila mencapai status sangat tidak sihat.

Setakat jam 9 pagi tadi, Bukit Rambai merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 172, diikuti Bandaraya Melaka (171) dan Alor Gajah 167.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1471
Kongsi :
Previous post ECO-CRUISE PAYA LEBAR SAJIKAN TARIKAN BERTARAF LIMA BINTANG BUAT PELANCONG
Next post KUBUR DIGITAL: CARI PUSARA KELUARGA DI HUJUNG JARI