DATARAN VISTA ALAMANDA, TAMAN MUHIBAH JADI RUANG REKREASI LEBIH INKLUSIF

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

JASIN 14 Oktober – Dataran Vista Alamanda (D’VA) dan Taman Muhibah diberi nafas baharu menerusi penambahbaikan kemudahan rekreasi lebih inklusif dan selesa termasuk penyediaan fasiliti mesra orang kurang upaya (OKU).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, penambahbaikan itu mencerminkan komitmen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyediakan kemudahan awam yang memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat.

“Di Taman Muhibah Jasin, kerja naik taraf merangkumi penambahbaikan kemudahan pencahayaan dan penambahan alat permainan bagi mewujudkan persekitaran riadah lebih selesa serta menarik kepada penduduk setempat.

“Manakala di Dataran Vista Alamanda, fasa satu melibatkan penyediaan alat permainan khas untuk OKU, sementara fasa dua merangkumi pembangunan kemudahan permainan dan rekreasi kanak-kanak yang ditempatkan berhampiran kawasan permainan berkenaan.

“Selain itu, kemudahan tandas awam turut dirancang bagi meningkatkan keselesaan pengunjung yang menggunakan ruang rekreasi ini apabila siap kelak,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2026 10 13 at 2.12.43 PM
MUHAMMAD Zahiruddin meninjau kerja-kerja menaik taraf kemudahan rekreasi di Dataran Vista Alamanda (D’VA). Foto Facebook Majlis Perbandaran Jasin

Dalam perkembangan sama, MPJ menerima pengiktirafan sebagai PBT Prihatin Se-Malaysia sempena Sambutan Hari OKU Kebangsaan (HOKU) menerusi inisiatif ‘Stair Ramp Blend’ di Vista Alamanda yang memberi penekanan terhadap aksesibiliti dan keselesaan komuniti OKU.

Pengiktirafan itu mengukuhkan komitmen MPJ untuk memperluas penyediaan kemudahan inklusif di ruang awam, sekali gus membolehkan masyarakat daripada pelbagai keupayaan menikmati kemudahan rekreasi di daerah Jasin.

Terdahulu, Muhammad Zahiruddin mengadakan telah lawatan bersama Pengarah Landskap dan Perkhidmatan Bandar MPJ, LAr. Khamaluddin Othman ke beberapa lokasi sekitar Jasin bagi meneliti kemajuan kerja naik taraf dan penambahbaikan kemudahan rekreasi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

554
Kongsi :
Previous post PPSPM PERLUAS JARINGAN KORPORAT PROMOSI MELAKA RIVER CRUISE
Next post BILA ANGKA BERBICARA: ZON BEBAS KENDERAAN TARIK 1.5 JUTA PENGUNJUNG