RM35,000 NAIK TARAF PRASARANA SRA JAIM KEM TERENDAK

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

SUNGAI UDANG 15 Oktober – Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Kem Terendak terpilih sebagai Sekolah Angkat MADANI Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), menerusi peruntukan RM35,000 bagi menambah baik kemudahan pendidikan sekolah berkenaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemilihan sekolah itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI LTAT yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM1.05 juta bagi bagi disalurkan ke 42 sekolah angkatan tentera di seluruh negara.

“SRA JAIM Kem Terendak antara sekolah yang mendapat manfaat menerusi inisiatif berkenaan, termasuk usaha meningkatkan kemudahan prasarana demi keselesaan warga sekolah.

“Terima kasih kepada LTAT kerana memperkenalkan dan menjayakan program ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kempen Harga Istimewa, Tentera Sejahtera (HITS) sempena Lawatan Menteri Pertahanan ke Kem Terendak Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman; Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri; Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Mohammad Ashraf Md Radzi dan Pengerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke SRA JAIM Kem Terendak bagi meninjau keperluan prasarana pendidikan serta mendengar taklimat disampaikan Ketua Eksekutif LTAT Datuk Mohammad Ashraf Md Radzi.

Pada lawatan itu, Mohamed Khaled turut menyempurnakan penyerahan replika cek bernilai RM35,000 bagi pelaksanaan inisiatif penambahbaikan kemudahan sekolah berkenaan yang mempunyai kira-kira 640 pelajar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

749
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: RAIS MAHU PARTI POLITIK BERKEMPEN SECARA SIHAT
Next post PERUNTUKAN PROGRAM EKONOMI MADANI ATM DITINGKATKAN KEPADA RM1.5 JUTA