‘GELOMBANG BIRU’ IRINGI TOK AJAK

Masa Membaca:38 Saat

TELOK MAS 31 Oktober – Lebih 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) berhimpun dan mengiringi calon N23 Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Kompleks Komuniti Desa Telok Mas, di sini, bagi penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Kumpulan penyokong BN yang memakai baju biru dilihat berkumpul seawal jam 7.30 pagi di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas sebelum berarak menuju ke pusat penamaan calon.

Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Parlimen Kota Melaka diiringi Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Pasukan polis turut dilihat berkawal sekitar laluan sekitar bagi memastikan proses berjalan lancar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

581
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: NAIB PRESIDEN UMNO, PAS IRING RAIS DI SUNGAI UDANG
Next post PRN MELAKA: AHMAD ZAHID IRINGI AB RAUF KE PUSAT PENAMAAN CALON TANJUNG BIDARA