NAIK TARAF GELANGGANG FUTSAL ANTARA HARAPAN BELIA MACHAP JAYA

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

MACHAP JAYA 3 November – Kemudahan gelanggang futsal yang lebih baik serta penganjuran aktiviti sukan secara berterusan antara harapan golongan muda yang dikongsikan kepada calon Barisan Nasional (BN) DUN Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem.

Beliau berkata, perkara itu dibangkitkan ketika beliau mendekati anak muda yang menjalankan aktiviti futsal di Padang Menggong.

Menurutnya, antara permintaan diterima ialah meninggikan pagar gelanggang yang disifatkan mereka masih belum cukup tinggi.

“Mereka nak minta kemudahan, mereka ada minta pagar dinaikkan lagi sebab pagar di sini tak cukup tinggi,” katanya ketika ditemui ketika menyantuni anak muda bermain futsal di Felda Menggong, di sini, semalam.

Selain penambahbaikan kemudahan, Hee Sem yang bertanding sebagai calon nombor 1 mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 berkata, golongan belia turut menyuarakan hasrat supaya lebih banyak program dianjurkan sekiranya beliau kembali diberikan mandat.

Katanya, antara aktiviti yang diminta ialah bola sepak dan futsal, selain senamrobik dan bola jaring untuk golongan wanita.

“Mereka ada minta, kalau masih menang, sering anjurkan program untuk anak belia, termasuk main bola, main futsal dan juga untuk wanita, senamrobik atau macam itulah.

“Sekurang-kurangnya kita ada program pada waktu malam,” katanya.

Hee Sem berkata, pertemuan secara langsung dengan penduduk menjadi sebahagian daripada pendekatannya untuk mengetahui masalah serta kehendak masyarakat setempat.

Menurutnya, beliau akan meneruskan usaha menyantuni penduduk sepanjang kempen, termasuk melalui program walkabout di kawasan perumahan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

225
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: PENGALAMAN LIMA TAHUN JADI BEKALAN SITI AISYAH, ISU SALIRAN JADI KEUTAMAAN
Next post PRN MELAKA: KALSOM MAHU PENGALAMAN LAMA, TENAGA BAHARU DISATUKAN