PRN MELAKA: BN-PN TAWAR LATIHAN AI, IOT DAN GERAN USAHAWAN MUDA

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 6 November – Anak muda Melaka bakal mendapat akses lebih luas kepada kemahiran teknologi masa depan menerusi tawaran latihan percuma Kecerdasan Buatan (AI) dan internet kebendaan (IoT) serta geran keusahawanan di bawah manifesto Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi BN Melaka merangkap Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu merupakan antara usaha memperluas penyertaan golongan muda dalam ekonomi digital selain menyediakan peluang untuk mereka menceburi bidang keusahawanan.

Menurutnya, pembangunan Melaka Digital dan AI Hub turut menjadi sebahagian daripada tawaran berkenaan bagi memperkukuh ekosistem digital negeri serta membuka ruang kepada penerokaan bidang teknologi baharu.

“Kita juga mahu memperluas peluang anak muda dalam ekonomi digital melalui latihan AI dan IoT secara percuma, geran keusahawanan anak muda serta pembangunan Melaka Digital dan AI Hub,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Pengerusi PN Melaka Zulkifli Ismail; Ketua Pemuda BN Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Wanita BN Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Ab Rauf berkata, penekanan terhadap kemahiran digital dan keusahawanan itu penting bagi memastikan anak muda mempunyai keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan landskap pekerjaan serta memanfaatkan peluang ekonomi yang berkembang seiring kemajuan teknologi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

243
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: BN-PN SASAR SEDIA 25,000 PELUANG PEKERJAAN DALAM TEMPOH 5 TAHUN
Next post PRN MELAKA: BN-PN TAWAR PENTADBIRAN LEBIH DEKAT DENGAN RAKYAT