RAKYAT BOLEH NILAI PENCAPAIAN MANIFESTO BN

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KOTA LAKSAMANA 8 November – Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan 97 peratus daripada keseluruhan manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15 sebelum ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam menunaikan setiap janji kepada rakyat sepanjang tempoh pentadbiran sebelum ini.

Katanya, rakyat sendiri boleh menilai prestasi dan keberkesanan pelaksanaan manifesto berkenaan berdasarkan hasil serta pembangunan yang telah dilaksanakan.

“Saya tidak perlu memperincikan tetapi kita tahu kita kerajaan dan (apa) yang telah dilakukan.

“Rakyat tahu apa kita buat malah kita telah melaksanakan 97 peratus daripada kesemua manifesto pilihan raya lepas.

“Sekiranya saya hendak perincikan memang tidak payah cerita manifesto yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika lawatan ke Bilik Gerakan DUN Kota Laksamana di Jalan Hang Tuah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Pengerusi MCA Bahagian Kota Melaka, Datuk Wira Gan Tian Loo dan calon Barisan Nasional (BN) N.20 DUN Kota Laksamana Melvin Chua.

Ketua Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, menggesa BN mengemukakan bukti terperinci bagi menyokong dakwaan pelaksanaan 97 peratus janji manifesto PRN Melaka ke-15.

Ia diperlukan bagi membolehkan rakyat menilai kedudukan sebenar 103 inisiatif yang terkandung dalam manifesto berkenaan merangkumi lima teras utama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

235
Kongsi :
Previous post MELAKA SIAP SEDIA HADAPI MTL
Next post DR. YADZIL SEDIA BAWA ISU RAKYAT BEMBAN KE MEJA PENTADBIRAN