
30 veteran ATM terima sumbangan kit makanan
SUNGAI UDANG 5 Mac. – Seramai 30 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Melaka menerima sumbangan kit makanan daripada kerajaan negeri pada majlis diadakan di Kem Terendak, di sini, hari ini.
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam menyempurnakan majlis penyampaian berkenaan sempena lawatan beliau ke kem itu.
Beliau menyampaikan bantuan kit makanan termasuk serahan wang tunai itu di Masjid As Syuhada sejurus selepas menunaikan Solat Jumaat.
Yang Dipertua PVATM Melaka, Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie berkata, bantuan terbabit sekali gus memberi sokongan kepada jasa yang telah dicurahkan golongan terbabit bagi menghargai pengorbanan dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara.
“Kami amat menghargai bantuan yang disampaikan ini dan sempena Hari Tentera Darat ke-88 disambut baru-baru ini, ia amat bermakna buat kami.
“Dengan acara seperti ini ia sekali gus memperlihatkan sokongan kerajaan terhadap warga tentera dalam menabur budi demi keamanan negara,” katanya.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, Panglima 3 Divisyen, Kem Terendak Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim serta tetamu lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG DIGITAL MELAKA BAKAL JADI RUJUKAN ASIA TENGGARA
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Inovasi Kampung Digital Melaka yang mentransformasikan kampung tradisional dengan sistem alamat rumah berstruktur berpotensi menjadi...
PRN MELAKA : AKMAL MAHU PENGUNDI MERLIMAU NILAI REKOD PRN LALU
AYER KEROH 25 Oktober – Mahu pengundi menilai rekod sepanjang menjadi wakil rakyat, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berharap kepercayaan...
PRN MELAKA: SITI AISYAH MAHU TERUSKAN MOMENTUM PEMBANGUNAN PENGKALAN BATU
AYER KEROH 25 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood berhasrat...
PRN MELAKA: AZMAN SEDIA BAWA SUARA RAKYAT SERKAM
AYER KEROH 25 Oktober – Bertekad meneruskan usaha pembangunan dan memastikan kebajikan rakyat terus terbela, Datuk Azman Abdullah bersedia menggalas...
PRN MELAKA: TUMINAH IKRAR BERIKAN KHIDMAT TERBAIK, MAHU PANTAI KUNDOR KEKAL BIRU
AYER KEROH 25 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi @Mohd hashim bertekad memberikan khidmat...
PRN MELAKA: TOK HAMEED PELIHARA IKATAN ‘POGHUT’ MESKIPUN BERBEZA PANDANGAN
AYER KEROH 25 Oktober - Ikatan silaturahim yang dibina sepanjang lima tahun dalam kalangan masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
