
Diserbu pengunjung, UTC wujud laluan khas kaunter JPJ
KOTA LAKSAMANA 24 Jun – Satu laluan khas diwujudkan di pintu masuk Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini ekoran peningkatan kehadiran pengunjung untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bangunan berkenaan.
Pengurus Besar UTC, Datuk Salleh Md. Dom berkata, laluan itu diwujudkan selepas bangunan tersebut menerima kehadiran pengunjung tertinggi bagi urusan di kaunter JPJ pada hari pertama ia dibenarkan beroperasi.
Inisiatif itu ujarnya, dipertingkatkan untuk memberi kemudahan orang ramai yang beratur di hadapan pintu masuk UTC bagi menjalani pemeriksaan saringan kesihatan.
“Pihak kami mendapati peratusan peningkatan lebih 50 peratus direkodkan berbanding sebelum ini bagi pengunjung yang berurusan di JPJ.
“UTC mewujudkan laluan khas agar ia lancar dan tidak mengganggu pengunjung yang berurusan dengan agensi perkhidmatan kerajaan lain di bangunan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Rahmat Mariman, di sini semalam.
Tambahnya, UTC mencatat kira-kira 20,000 pengunjung sejak seminggu lalu dengan 400 kehadiran dalam tempoh sejam dan merekodkan kira-kira 6,000 pengunjung sehari bagi mendapatkan perkhidmatan di kira-kira 50 agensi di bangunan tersebut.
Views:
Related

Berita Lain
RUMAH MAMPU MILIK RM250,000 KE BAWAH LARIS DI MAPEX MELAKA 2026
AYER KEROH 1 Mei – Rumah mampu milik bernilai bawah RM250,000 yang ditawarkan di Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Melaka 2026...
ANAK FELDA BUKIT SENGGEH BINA EMPAYAR BAS PELANCONG
ASAHAN 1 Mei – Minat berniaga sejak usia remaja menjadi titik tolak kejayaan seorang anak Felda membina empayar pengangkutan dan...
SURI RUMAH UBAH DAUN GETAH JADI HADIAH
ASAHAN 1 Mei – Seorang suri rumah di Kampung Jus berjaya mengubah daun getah menjadi pelbagai produk kraf bunga yang...
KUIH BAKAR JULANG NAMA ‘KAMPUNG KOBOI’
ASAHAN 1 Mei – Bermula daripada kegagalan dalam beberapa bidang perniagaan, anak jati Kampung Selandar kini berjaya mengangkat kuih bakar...
WRUR AYER KEROH: ‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN SETIAP KALI HUJAN’
AYER KEROH 1 Mei - Bantuan baik pulih kediaman daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memberi makna besar buat...
BERKAIN PELIKAT ‘GELECEK’ BOLA DI PANTAI KLEBANG
KLEBANG 1 Mei - Mengenakan kain pelikat dan bertanjak sambil menggelecek bola mencuri tumpuan pada hari pertama Festival Muzik Air...

