
UMNO Melaka bersedia 100 peratus
LENDU 13 Mac – UMNO Melaka kini sudah 100 peratus bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan diumumkan pada bila-bila masa.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pihaknya kini sedang merangka gerak kerja dan memperinci pergerakan parti itu di semua peringkat.
“Dalam Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Bil 1/2021 yang diadakan malam tadi kita lebih banyak menjurus membincangkan rangka gerak kerja yang diadakan sebelum dan selepas ini.
“Dengan keadaan hari ini dan PRU yang nak hampir bila-bila masa jadi kita imbas kembali apa pergerakan yang dah dibuat dan kita telah bersiap siaga 100 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Ziarah Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NELAYAN MERLIMAU TERSENYUM TERIMA 3 BERITA GEMBIRA
MERLIMAU 18 Julai - Komuniti nelayan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri...
MACAM-MACAM CERITA ADA DI SUNGAI MELAKA
DUYONG 18 Julai - Festival Sungai Melaka 2026 di daerah Melaka Tengah hujung minggu ini berlangsung dalam suasana cukup meriah...
‘TAK SANGKA KETUA MENTERI SENDIRI DATANG RUMAH BANTU SAYA’
MERLIMAU 18 Julai - Beberapa tahun mendiami rumah pusaka yang semakin reput dimamah anai-anai, seorang bapa kepada empat anak akhirnya...
WRUR MERLIMAU: ADUAN RAKYAT SELESAI DALAM 24 JAM
MERLIMAU 18 Julai – Kebanyakan aduan yang diterima sepanjang pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM750,000 PENUHI KEPERLUAN RAKYAT DALAM 5 SIRI JELAJAH KETUA MENTERI
MERLIMAU 18 Julai - Kerajaan Negeri telah memperuntukkan kira-kira RM750,000 bagi memenuhi pelbagai keperluan rakyat menerusi lima siri Jelajah Ketua...
PROJEK BERNILAI LEBIH RM243 JUTA RANCAKKAN PEMBANGUNAN PARLIMEN JASIN
MERLIMAU 18 Julai - Sebanyak 11 projek pembangunan bernilai RM243.69 juta sedang dan akan dilaksanakan dalam Parlimen Jasin di bawah...
