
Pusat Darah Negara lanjut waktu operasi sepanjang Ramadan
KUALA LUMPUR 12 April. – Pusat Darah Negara (PDN) melanjutkan waktu operasinya sepanjang Ramadan bagi memudahkan penderma darah beragama Islam untuk menderma darah selepas berbuka puasa.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan PDN melalui Facebooknya, PDN Jalan Tun Razak akan beroperasi bermula 7.30 pagi hingga 9 malam pada Isnin hingga Jumaat, manakala Sabtu dan Ahad serta cuti umum pula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.
Bagi PDN Donation Suite di Midvalley Megamall, ia akan beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 9 malam sepanjang Ramadan ini.
Suite Derma Darah Puspanita di Presint 10, Putrajaya pula akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang pada Sabtu hingga Rabu dan 1 tengah hari hingga 8.30 malam setiap Khamis dan Jumaat.
“Penderma darah bukan beragama Islam diseru untuk tampil menderma darah sepanjang bulan Ramadan ini bagi memastikan stok darah kekal selamat,” menurut hantaran itu.
Makanan berbuka disediakan di Puspanita (tertakluk kepada 15 penderma terawal) dan PDN, Jalan Tun Razak (tertakluk 30 penderma terawal).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF MAHU PERKASA ANAK MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Pelbagai inisiatif sudah dan akan terus dilaksanakan bagi terus memperkasa aspek pembangunan anak-anak di lima...
BANTUAN ‘ONE OFF’ UNTUK PIBG, SUMBANGAN KHAS HARGAI PESARA GURU
TANJUNG BIDARA - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan sumbangan secara 'one-off' berjumlah RM213,000 kepada Persatuan Ibu...
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
MELAKA TAK LOKEK DEMI MEMPERKASA SEKTOR PENDIDIKAN
TANJUNG BIDARA 15 Mei - Akses pendidikan untuk anak Melaka bermula dari tadika, sekolah rendah dan menengah, seterusnya menara grading...
NALURI JURURAWAT MEMANG SENTIASA MAHU MEMBANTU
LENDU 16 Mei - Menerima penghargaan disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, dianggap sebagai penyuntik...
