
PKPD di Kampung Permatang Tulang, Sebatu, selama 14 hari bermula Jumaat ini – Ismail Sabri
AYER KEROH 5 Mei – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Jumaat ini dikenakan di Kampung Permatang Tulang Mukim Sebatu, Jasin, bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan diambil setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Permatang Tulang Mukim Sebatu, Jasin, Melaka berkuat kuasa 7 Mei sehingga 20 Mei ini.
“Sehingga hari ini, KKM telah merekodkan 83 kes positif COVID-19 di kampung berkenaan hasil daripada 458 ujian saringan dilakukan ke atas penduduk lokaliti tersebut.
“Pada masa sama, KKM memaklumkan kes masih aktif di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi manakala ada lagi 195 ujian saringan masih menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Pelaksanaan PKPD ini katanya, untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta menyekat penularan jangkitan kes COVID 19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
