
Semua majlis rasmi Melaka sempena Aidilfitri dibatalkan
AYER KEROH 11 Mei. – Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) yang diumumkan Perdana Menteri semalam, semua majlis rasmi Kerajaan Negeri Melaka bersempena Hari Raya Aidilfitri dibatalkan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Hasim Hasan berkata, pihaknya akan mematuhi ketetapan dan garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang melarang segala bentuk perhimpunan sosial dan majlis rasmi diadakan bermula 12 Mei hingga 7 Jun depan.
“Mengenai pengendalian majlis-majlis rasmi, Melaka akan patuhi ketetapan yang dikeluarkan MKN untuk tidak membenarkan ia diadakan,” katanya ringkas ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.
Dalam pada itu, Hasim berkata, penjawat awam di negeri ini juga bakal melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah sepanjang tempoh PKP 3.0 mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan majikan diwajibkan melaksana dasar BDR dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa.
Bagaimanapun, BDR bagi sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
TAPEM SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN LEBIH TINGGI TAHUN INI
AYER KEROH 29 September - Jumlah tunggakan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berjaya dikurangkan daripada kira-kira RM40 juta...
60 ‘HERO’ TURUN SUNGAI, JAGA IKON PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 29 September - Seramai 60 peserta menelusuri Sungai Melaka sambil mengutip sampah dalam usaha membantu memastikan ikon pelancongan negeri...
JAM LAMA TIDAK DITUNTUT, MAIM BUKA PELUANG UMAT ISLAM SERTAI BIDAAN
PENGKALAN BATU 28 September - Masyarakat Islam berpeluang memiliki jam lama yang dikategorikan sebagai harta luqatah menerusi sesi bidaan anjuran...
KEPUASAN HATI RAKYAT UKURAN UTAMA KEJAYAAN MBMB – SHADAN
AYER KEROH 29 September - Prestasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan hanya diukur berdasarkan projek besar yang dilaksanakan, sebaliknya...
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MAUT, 4 CEDERA DALAM KEMALANGAN DI BATU BERENDAM
KESIDANG 29 September – Seorang penolong pegawai perubatan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tunku Abdul...

