Tidak setuju fakta A Famosa dibina di bawah tapak masjid – Ketua Menteri ke-6

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

AYER KEROH 11 Mei. – Ketua Menteri Melaka ke-6, Tan Sri Tamby Chik tidak bersetuju terhadap dakwaan segelintir pihak yang mengatakan pembinaan bangunan A Famosa di Jalan Parameswara dibina di atas runtuhan masjid.

Dakwaan itu sebagaimana video tular sebuah dokumentari televisyen yang mendakwa Kota A Famosa dibina di bawah bangunan itu.

Beliau berkata, pembinaan bangunan Kota A Famosa terletak di kawasan persisiran pantai sebelum kawasan itu ditambak bagi pembangunan.

“Saya rasa pembinaan kota itu mengambil pertimbangan laut itu dekat bagi memudahkan kapal perang mereka berlabuh, mereka mahu cepat-cepat masuk ke kota.

“Dari sumber Portugis atau Belanda sendiri tidak menyatakan pembinaan masjid di kawasan kota itu kerana kebiasaannya apabila mereka menang (ketika zaman pemerintahan di Melaka), mereka mengisytihar telah menakluk kota itu daripada kawasan masjid, namun tidak ada dalam mana-mana penulisan atau bukti sejarah sekali pun menyatakan perkara itu.

“Jadi tidak sesuai, Sultan pada ketika itu mahu membina masjid di kawasan itu dengan keadaan air pasar surut dan sebagainya, lebih baik di bina di kawasan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) di sini yang turut dihadiri Presidennya, Amir Mamat.

Mengulas lanjut, Rahim berkata ketika dakwaan pihak itu dianggap sekadar andaian sahaja berdasarkan keududukan pintu masuk kota berkenaan dibina mengikut arah kiblat.

“Ia mungkin satu kebetulan, elok kita kekalkan pensejarahan yang ada supaya menjadi ingatan orang ramai.

“Misalnya kapal Flor de la Mar atau A Famosa sentiasa mengingatkan kita orang Melayu dalam sejarah satu pengajaran pahit yang perlu dielakkan berlaku ke atas bangsa kita, jangan sesuka hati kerana terlalu patriotik padahal asas kajian tidak ada kita gunakan sebagai landasan untuk mempercayai satu kebenaran,” katanya.

Beliau berkata, ketika menjadi pemimpin negeri pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat, beliau pernah berunding dengan sebuah pertubuhan di Portugal bagi memulihkan kembali kawasan A Famosa termasuk membina gereja di atas bukit.

“Bagaimanapun Tun tidak membenarkan dan mahu kekal bangunan yang ada,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1045
Kongsi :
Previous post Waspada aplikasi MyBNM palsu- Bukit Aman
Next post Semua majlis rasmi Melaka sempena Aidilfitri dibatalkan
Ubah saiz-+=